Friday, April 24, 2009

Khasiat Stroberi untuk Penghasilan Sperma Lelaki

Buah stroberi amat kaya dengan kandungan zink yang tidak terdapat pada buah-buahan lain. Dan pada lelaki, zink adalah amat penting kerana ia berkait rapat dengan seksualiti seseorang. Menurut Patrick Hoiford dari Institute for Optimum Nutrition, zink yang terkandung dalam stroberi itulah yang membantu meningkatkan pertambahan hormon testosteron yang diperlukan dalam penghasilan sperma. Selain itu, strawberi juga didapati mengandungi khasiat antioksidan yang membantu melancarkan aliran darah kepada organ seksual. Namun begitu, pengambilan zink tidak harus melebihi 30 mg sehari.

- Strawberi Tingkatkan Testosteron, fazlisyam.com

Kafein Semasa Hamil Dikaitkan Dengan Bayi Lahir Kurang Berat

Wanita hamil yang mengambil kafein - walaupun hanya secawan kopi setiap pagi - berisiko tinggi melahirkan bayi yang kurang berat badan (underweight). Kajian terbaru berkaitan kafein dan wanita hamil ini diterbitkan di dalam British Medical Journal (BMJ). Kafein daripada sebarang sumber, termasuk teh, kola, coklat dan ubat-ubatan ini didapati boleh memperlahankan pertumbuhan janin dalam kandungan.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup berat berkemungkinan menghadapi pelbagai masalah kesihatan apabila mereka dewasa, termasuklah penyakit darah tinggi, diabetes dan masalah jantung.

Even a little caffeine may harm fetus: Women should avoid more than 100 milligrams a day from any source, Reuters, updated 3 November 2008

Memudahkan Bersalin

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita melahirkan anak

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur." - Surah An-Nahl: ayat 78-80

Pentingnya Penjagaan Mulut Semasa Kehamilan

Penjagaan mulut semasa hamil adalah penting kerana terdapat kajian yang mengaitkan keradangan gusi dengan kelahiran bayi pra matang dan kurang berat badan.

Oleh itu, penjagaan mulut yang baik adalah penting semasa kehamilan. Ia bukan sahaja mengatasi masalah pergigian ibu mengandung malah ia membantu perkembangan kesihatan bayi.

- Sumber: Ibu Mengandung dan Kesihatan Pergigian, myhealth.gov.my